Search Engine Friendly URLs

Print
PDF

Search engine Friendly URL merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh CMS joomla. Ada dua tujuan ianya di sediakan iaitu :

  1. Untuk memudahkan enjin carian mencapai halaman web anda. Kebanyakan syarikat dan organisasi menggunakan kemudahan SEO atau Search engine Optimization untuk mempromosikan laman web dan produk masing-masing. Walaubagaiamna pun ianya bergantung kepada kepintaran anda untuk mempromosikan laman web organisasi atau syarikat dengan menggunakan katakunci-katakunci yang sesuai dan berkesan.
  2. Untuk tujuan keselamatan. Sepertimana yang kita tahu Joomla CMS merupakan aplikasi sumber terbuka dan anda boleh memperolehi kod sumber daripada pihak pembangun Joomla.org. Banyak patch yang biasa di lakukan oleh pihak Joomla.org. Ada perlu prihatin dengan perubahan ini dan sentiasa mengambil tahu versi terbaru Joomla. SQL Injection, Cross Scripting biasa dilakukan oleh pengodam untuk menguji atau mengodam laman web anda. Dengan menghidupkan SEO sebahagian daripada serangan ke atas laman web anda dapat di kurangkan.

Maklumat di bawah merupakan sebahagian daripada penambahbaikan.

  • Anda boleh menghidupkan enjin carian tanpa menggunakan Apache Mpd_Rewrite.
  • Anda boleh menambah suffix (.html) kepada URLs
  • Global site name, global site meta description atau global site keyword tidak lagi di tambah secara automatik kepada setiap item kandungan.
  • Tajuk kandungan, keterangan meta dan keyword adalah unik kepada setiap item kandungan

Secara tetap tanpa menghidupan fungsi search engine friendly URL Joomla, Url anda akan kelihatan seperti begini.

index.php?option=com_content&view=article&id=25&Itemid=28


Apa yang anda nampak adalah satu UL yang panjang bersama article ID dan juga ItemID. Untuk mengubah atau menghidupkan search engine friendly url's anda ada dua pilihan :

  • Menghidupkan Mod SEF url's tanpa menggunakan apache mod_rewrite ( untuk server yang tidak menyokong apache mod_rewwrite )
  • Menghidupkan Mod SEF url's menggunakan apache mod_rewwrite ( untuk server yang menyokong apache mod_rewrite )

Untuk menghidupkan fungsi SEF anda perlu melakukan perkara berikut :

  • Login kepada administrator
  • Pilih atau klik pada ikon Global Configuration
  • Pada paparan Seo Setting, hidupkan atau 'enable' fungsi SEO
  • Klik pada butang Save

Jika anda mahu menghidupkan SEO tanpa Mod_rewrite, Klik Yes Pada fungsi Search Engine Friendly URLs.


URL yang baru akan kelihatan seperti berikut : index.php/frontpage

Configurasi untuk SEF Url's menggunakan apache mod_rewrite

Kebanyakan syarikat hosting menyokong mod_rewwrite sebagai sebahagian daripada perkhidmatan mereka. Untuk menghidupkan SEF Urls dengan Mod_Rewwrite anda perlu melengkap perkara berikut :->

  • Gunakan cpanel dan masuk kedalam direktori dimana Joomla di pasangkan atau di tempatkan
  • Anda perlu melihat kepada fail yang bernama htaccess.txt
  • Sebelum anda boleh mengaktifkan SEF Urls anda perlu meminda nama atau menyalin fail htaccess.txt kepada fail .htaccess.
  • Selepas itu anda perlu kembalik kepada skrin Jooma administrator dan pilih Global configuration dan setkan semua pilihan yang ada di bawah tajuk SEO Settings kepada Yes

Akhirnya anda akan memperolehi URL sedemikian : home/berita-dan-aktiviti.html.

TAJUKĀ  : Pengenalan Kepada SPSS Versi 17
HARGA : RM 25.00
Sampel Chapter : Klik untuk view

Pesanan : Sila email